WELCOME

LET THEM CALL ME A REBEL AND WELCOME. I FEEL NO CONCERN FROM IT. BUT SHOULD I SUFFER THE MISERY OF DEVILS, WERE I TO MAKE A WHORE OF MY SOUL







Friday 22 April 2011

ARTIKEL 3

DARI MEJA PENGARANG
OLEH ABDUL MANAN ISMAIL

Menyingkap tirai tahun 2011 bermakna kita telah memasuki alam pembaharuan selari dengan gesaan pemimpin nombor satu negara yang menuntut kepada transformasi terutamanya bagi perkhidmatan awam ke arah membekal perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.  Menyahut seruan kepada perubahan ini, Buletin Kraf terbitan Kraftangan Malaysia turut berubah wajah menuju dimensi baru.

Tahun 2011 juga mematangkan Buletin Kraf yang kini memasuki tahun ke.....penerbitan.  Keluaran sulung 2011 menampilkan perubahan dan pembaharuan bukan hanya kepada imej malah menjangkaui  kepada fokus ruangan liputan berita, kandungan, reka letak, warna dan kualiti.  Berkonsepkan berinformasi bacaan ringan sasaran pembaca Buletin Kraf diperluaskan bukan hanya sekadar kepada warga Kraftangan Malaysia malah merentasi skop kepada seramai 7147 orang usahawan kraf dan orang awam.

Sebagai wadah ulung penyampai maklumat kepada usahawan kraf, buletin kali ini merungkai isu Hari Kraf Kebangsaan dan Hala Tuju Perancangan Kraftangan Malaysia bersama Ketua Eksekutif.  Ruangan Info mengupas Hari Kraf Kebangsaan, Penjana Ekonomi, Batik Peragaan Fesyen Miss Tourism International 2010 dan sisipan majlis ilmu bersama Apresiasi Kraf serta tidak ketinggalan segmen antarabangsa mengajak kita semua mendekati misi perdagangan yang diadakan di Birmingham, Dubai dan Frankfurt.

Rakaman istimewa sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 dipaparkan dalam segmen Lensa Kraf yang lebih berbentuk santai.  Keluaran eksklusif  ini juga mengajak pembaca mendalami Warisan Kraf, Destinasi dan Ikon Budaya bersama Ana Rafali.  Informasi-informasi terkini sebagai panduan kepada semua pembaca sasaran dikupas dalam ruangan Kreatif dan Inovatif serta Petua.  Ruang aktiviti Promosi di tiga lokasi iaitu Kerdau, Merlimau dan Johor penutup buletin terbitan kali ini.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais, isteri Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi ikon seni budaya penghias kulit buletin.  Sidang pengarang mengucapkan selamat membaca.

ARTIKEL 2

KEINDAHAN BATIK, GAYAAN RUPAWAN
A batik Evening, penampilan istimewa Miss Tourism International 2010 mewarnai industri batik tanah air yang melangkah setapak lagi ke persada dunia.  Terkenal dengan corak dan warna serta kehalusan, batik mempesonakan kepada sesiapa sahaja yang buat pertama kalinya melihat kraf tekstil tanah air ini. 

Batik yang suatu ketika dahulu hanya dikenali sebagai batik pelangi dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat celup telah melalui peredaran dan perubahan dengan penggunaan lilin pada awal tahun 1920an.  Pengenalan kepada teknik canting terus membawa perubahan kepada industri batik yang kini merupakan fabrik komersial yang mampu menyumbang pendapatan yang tinggi kepada setiap pengusaha industri ini.

Kehalusan dan keindahan batik ini juga turut memikat sekumpulan ratu cantik antarabangsa yang menggayakan tekstil ini pada Majlis A Evening Batik pada 22 Disember yang lalu.  Seramai 56 orang rupawan dari 56 buah negara berkesempatan menggayakan busana batik ilham pereka dalaman Kraftangan Malaysia.  Majlis ini merupakan program promosi jelajah dan persinggahan rupawan-rupawan dunia ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan satu pengiktirafan penganjur dalam memartabatkan seni kraf batik.

Sepetang Miss Tourism International berada di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, ratu pelancongan ini berpeluang canting dan mewarna batik.  Sesi kedua penggayaan tekstil batik bermula dengan laluan karpet merah seterusnya kesemua mereka berpeluang menggayakan busana batik.  Yang Berhormat Dato” Seri Utama Dr, Rais Yatim dan Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais turut hadir meraikan peserta Miss Tourism International 2010. 

Keindahan batik yang menjangkaui sejarah perubahan industri kraftangan membawa imej  tekstil tanah air ini mampu menjadi busana gayaan bagi setiap rupawan di peringkat antarabangsa. 

ARTIKEL 1

Buletin Kraf bakal diterbitkan tidak berapa lama lagi dengan wajah baru dan sentuhan bari di bawah Bahagian Komunikasi Korporat dan tidak ketinggalan sempat menymbangkan beberapa artikel untuk penerbitan sulung ini.

DATIN SERI MASNAH RAIS
Sarung batik kain basahan
Pakaian Chitea, Nyonya juga
Datin Masnah penghias cerita
Elok bahasa pewaris budaya

Petah berpantun, berbakat dalam menyanyi dan amat mencintai seni dan budaya, Datin Seri Masnah Rais tulang belakang kepada Yang Berhormat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.  Sebagai isteri dan wanita dalam Kementerian yang menerajui seni dan budaya bertepatan sekali Datin Seri berada di sisi Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Sebagai seorang pencinta budaya yang cintakan seni, Datin Seri Masnah Rais seorang yang versatile boleh menyanyikan lagu terutamanya lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Shanghai Beach”.  Bakat seni ini juga diterapkan kepada setiap penulisan yang dihasilkan oleh Datin Seri Masnah Rais terutamanya penulisan skrip drama.

Kraf antara cabang seni yang sering mendapat sokongan padu dari Yang berbahagia Datin Seri yang sering kali menggayakan busana batik pada setiap majlis-majlis yang dihadiri.  “Untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan sarung batik sejak zaman berzaman oleh orang Melayu, Baba Nyonya dan Chitea satu usaha sentuhan inovasi perlu diterapkan kepada sarung batik agar menjadi identiti keluaran Malaysia....”ungkapan Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais semasa merasmikan Promosi Batik Sarung pada tujuh September 2006.  Petikan ucapan ini menggambarkan keprihatinan  Datin Seri terhadap usahawan kraf serta kemajuan dan pembangunan industri kraf negara.

Datin Seri Masnah Rais antara ikon budayawan negara yang sentiasa memberi suntikan dan dorongan kepada karyawan dalam menghasilkan seni terutamanya kepada pengusaha kraf.  Semangat berkarya, cintanya pada budaya negara menjadikan beliau sebagai seorang wanita pemimpin negara yang patut dicontohi.

Sunday 17 April 2011

MENANGANI FITNAH

Fitnah, adakah ia satu lumrah kehidupan atau satu gejala atau penyakit yang meruntuh moral seseorang?  Apapun jawabannya fitnah adalah satu perbuatan keji merosakkan masyarakat dan individu terutamanya moral, integriti sekalinya memalukan individu yang difitnahkan.  Oleh sebab itulah Yang Maha Kuasa melarang keras perbuatan fitnah.  Ia terang-terangnya dinyatakan di dalam Hadith dan Al-Quran.  Saya sempat memetik makna firman Allah surah Al-Baqarah. 


Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah . Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” (Al Baqarah: 217)


Di awal usia 40an tak terduga akan mendapat satu fitnah yang amat memalukan.  Mendapat berita ini terasa sebak, kecewa dan tidak malu untuk dinyatakan bergenang air mata sanggup sahabat-sahabat dan rakan taulan di pejabat memalukan aku sedemikian rupa.  Aku dituduh seorang gay atau homoseksual, aku adalah pewaris kepada lelaki-lelaki yang tidak kahwin di pejabat.  Adakah tidak kahwin itu dijadikan sebabgai alasan untuk memfitnah seseorang itu homoseksual.  Kalau begitu alasannya bagaimana seorang wanita tidak kahwin? Adakah boleh dianggap sebagai seorang Lesbian?  Wanita lain lelaki lain, wanita tunggu pinangan lelaki.  Mungkin itu jawabannya.  Itu adalah tradisi orang Melayu, wanita juga boleh meminang tidak menjadi kesalahan disisi agama.  Rasullulah juga pernah dipinang.  Nah, jawabannya adalah jodoh dan sejarah hidup seseorang menyebabkan seseorang itu tidak berkahwin.  Jangan terkejut ada segelintir lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak juga adalah homoseksual.  Terlalu singkat pemikiran orang kita.


Menangani perkara ini, terasa beban yang teramat sangat, malunya hendak berdepan dengan rakan-rakan di pejabat.  Apa yang hendak dibuat berita sudah tersebar, mau tidak mahu kena hadapi dengan tenang dan sabar.  Aku mengambil langkah bediam diri, merenung kembali sebabnya difitnah diiringi solat agar Maha Kuasa memberi jalan terbaik untuk terus daging ini tidak dimamah oleh sedara sendiri.  Syukur, akhirnya jawaban dapat dirungkai satu persatu.  Langkah terbaik yang perlu diambil adalah mendiamkan diri, kukuhkan semangat dan jati diri serta perbanyakkan amal.  Berdepan dengan pembawa fitnah bukannya jalan terbaik sebab orang yang membawa fitnah akan beranggapan apa yang dibuat adalah betul.



Fitnah membawa makna  kekafiran, musibah/bencana, konflik, kedustaan, kebinasaan, korban kezaliman, gangguan dan godaan.

Sebelum mengakhiri fitnah siri ini hayatilah ;

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah . Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: “Sesungguhnya kami adalah besertamu”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?” (Al Ankabut: 10)

17 April 2011

WACANA

Salam dan syukur, 18 April ini akan genaplah umur pada usia 43 tahun.  Catatan kali ini akan meninggalkan kenangan yang lalu dan masuklah edisi baru dalam catatan seterusnya sebelum penamat kehidupan entah bila akan menjelma.  Cuma kenangan-kenangan yang lalu cukup mematangkan diri menjadi jati diri yang utuh dan mempunyai personaliti yang tersendiri.  Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

17 April 2011

Followers