WELCOME

LET THEM CALL ME A REBEL AND WELCOME. I FEEL NO CONCERN FROM IT. BUT SHOULD I SUFFER THE MISERY OF DEVILS, WERE I TO MAKE A WHORE OF MY SOUL







Wednesday 4 May 2011

Sunday 1 May 2011

MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Sungai yang menyaksikan peristiwa negeri kecil ini mendapat nama apabila seekor anjing menendang seekor kijang di bawah pokok Melaka menjadikan negeri ini terkenal dan terkandung pelbagai sejarah dan peristiwa negara.  Hikayat, mitos, lagenda mahupun sejarah Sungai Melaka kini berubah wajah.  







Menyusuri sungai ini siapa duga sungai ini sebenarnya menyimpan seribu rahsia kini Sungai Melaka menghidangkan satu pandangan yang menakjubkan.

Tahniah buat rakyat Negeri Melaka.


KURSUS EVENT MANAGEMENT

Menghadiri kursus Event Management pada 25 April hingga 27 April 2011 anjuran World Youth Foundation dan Sunway College sesuatu yang amat bermakna.  Pengalaman bergaul dan bertukar-tukar fikiran  sesama peserta dari Australia, Filipina dan negara-negara lain antara ilmu yang tidak ternilai.








April bakal melabuhkan malam ini, ini bermakna kehidupan saya telah memasuki suku pertama 2011.  Awal tahun 2011 ramai yang tersenyum lebar hasrat dan cita-cita malah azam banyak yang sudah tercapai.  Tahniah diucapkan terutamanya kepada pegawai-pegawai yang berjaya mendapat jawatan kanan dalam organisasi.

Sembang-sembang dan spekulasi berkaitan siapa yang mendapat berita baik sudah terjawab dan bila semuanya terjawab terdengar bisikan-bisikan yang kurang senang didengar.  Ini bermakna ada yang tidak berpuas hati di atas perlantikan tersebut.  Bagi diri saya fenomena ini membawa unsur negatif yang akan membawa perpecahan terhadap semangat kekitaan yang telah lama wujud.  Kadang-kadang apa yang diimpikan tidak tercapai hari ini, mungkin esok, luasa semuanya atas kehendak yang Maha Esa.

Menyusuri fenomena kurang senang ini umpama melihat titik hitam di dalam hati.  Titik hitam yang kecil lama kelamaan membesar dan berpenyakit iaitu penyakit hasad dan dengki.  Penyakit ini terang-terangan merosakkan jiwa dan kelompok sesuatu masyarakat.  Cuba imbau kembali cerita bagaimana rosaknya Singapura yang dilanggar todak.  Ia bermula dengan hasad dan dengki segelintir masyarakat melihat kebijaksanaan seorang kanak-kanak.



Begitulah keadaannya apabila suasana ini berlaku di organisasi tentunya akan merosakkan sistem organisasi yang telah dibentuk.  Sifat menerima seadanya dan berserah bahawa rezeki itu anugerah dari Allah akan menyelesaikan segalakan.

Renung-renungkanlah

Mohon maaf, tidak bermaksudkan kepada sesiapa cuma bisikan-bisikan sampai ke telinga ini.

Followers