WELCOME

LET THEM CALL ME A REBEL AND WELCOME. I FEEL NO CONCERN FROM IT. BUT SHOULD I SUFFER THE MISERY OF DEVILS, WERE I TO MAKE A WHORE OF MY SOUL







Friday 22 April 2011

ARTIKEL 1

Buletin Kraf bakal diterbitkan tidak berapa lama lagi dengan wajah baru dan sentuhan bari di bawah Bahagian Komunikasi Korporat dan tidak ketinggalan sempat menymbangkan beberapa artikel untuk penerbitan sulung ini.

DATIN SERI MASNAH RAIS
Sarung batik kain basahan
Pakaian Chitea, Nyonya juga
Datin Masnah penghias cerita
Elok bahasa pewaris budaya

Petah berpantun, berbakat dalam menyanyi dan amat mencintai seni dan budaya, Datin Seri Masnah Rais tulang belakang kepada Yang Berhormat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.  Sebagai isteri dan wanita dalam Kementerian yang menerajui seni dan budaya bertepatan sekali Datin Seri berada di sisi Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Sebagai seorang pencinta budaya yang cintakan seni, Datin Seri Masnah Rais seorang yang versatile boleh menyanyikan lagu terutamanya lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Shanghai Beach”.  Bakat seni ini juga diterapkan kepada setiap penulisan yang dihasilkan oleh Datin Seri Masnah Rais terutamanya penulisan skrip drama.

Kraf antara cabang seni yang sering mendapat sokongan padu dari Yang berbahagia Datin Seri yang sering kali menggayakan busana batik pada setiap majlis-majlis yang dihadiri.  “Untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan sarung batik sejak zaman berzaman oleh orang Melayu, Baba Nyonya dan Chitea satu usaha sentuhan inovasi perlu diterapkan kepada sarung batik agar menjadi identiti keluaran Malaysia....”ungkapan Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais semasa merasmikan Promosi Batik Sarung pada tujuh September 2006.  Petikan ucapan ini menggambarkan keprihatinan  Datin Seri terhadap usahawan kraf serta kemajuan dan pembangunan industri kraf negara.

Datin Seri Masnah Rais antara ikon budayawan negara yang sentiasa memberi suntikan dan dorongan kepada karyawan dalam menghasilkan seni terutamanya kepada pengusaha kraf.  Semangat berkarya, cintanya pada budaya negara menjadikan beliau sebagai seorang wanita pemimpin negara yang patut dicontohi.

No comments:

Post a Comment

Followers