WELCOME

LET THEM CALL ME A REBEL AND WELCOME. I FEEL NO CONCERN FROM IT. BUT SHOULD I SUFFER THE MISERY OF DEVILS, WERE I TO MAKE A WHORE OF MY SOUL







Friday 22 April 2011

ARTIKEL 2

KEINDAHAN BATIK, GAYAAN RUPAWAN
A batik Evening, penampilan istimewa Miss Tourism International 2010 mewarnai industri batik tanah air yang melangkah setapak lagi ke persada dunia.  Terkenal dengan corak dan warna serta kehalusan, batik mempesonakan kepada sesiapa sahaja yang buat pertama kalinya melihat kraf tekstil tanah air ini. 

Batik yang suatu ketika dahulu hanya dikenali sebagai batik pelangi dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat celup telah melalui peredaran dan perubahan dengan penggunaan lilin pada awal tahun 1920an.  Pengenalan kepada teknik canting terus membawa perubahan kepada industri batik yang kini merupakan fabrik komersial yang mampu menyumbang pendapatan yang tinggi kepada setiap pengusaha industri ini.

Kehalusan dan keindahan batik ini juga turut memikat sekumpulan ratu cantik antarabangsa yang menggayakan tekstil ini pada Majlis A Evening Batik pada 22 Disember yang lalu.  Seramai 56 orang rupawan dari 56 buah negara berkesempatan menggayakan busana batik ilham pereka dalaman Kraftangan Malaysia.  Majlis ini merupakan program promosi jelajah dan persinggahan rupawan-rupawan dunia ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan satu pengiktirafan penganjur dalam memartabatkan seni kraf batik.

Sepetang Miss Tourism International berada di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, ratu pelancongan ini berpeluang canting dan mewarna batik.  Sesi kedua penggayaan tekstil batik bermula dengan laluan karpet merah seterusnya kesemua mereka berpeluang menggayakan busana batik.  Yang Berhormat Dato” Seri Utama Dr, Rais Yatim dan Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais turut hadir meraikan peserta Miss Tourism International 2010. 

Keindahan batik yang menjangkaui sejarah perubahan industri kraftangan membawa imej  tekstil tanah air ini mampu menjadi busana gayaan bagi setiap rupawan di peringkat antarabangsa. 

No comments:

Post a Comment

Followers