WELCOME

LET THEM CALL ME A REBEL AND WELCOME. I FEEL NO CONCERN FROM IT. BUT SHOULD I SUFFER THE MISERY OF DEVILS, WERE I TO MAKE A WHORE OF MY SOUL







Friday 22 April 2011

ARTIKEL 3

DARI MEJA PENGARANG
OLEH ABDUL MANAN ISMAIL

Menyingkap tirai tahun 2011 bermakna kita telah memasuki alam pembaharuan selari dengan gesaan pemimpin nombor satu negara yang menuntut kepada transformasi terutamanya bagi perkhidmatan awam ke arah membekal perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.  Menyahut seruan kepada perubahan ini, Buletin Kraf terbitan Kraftangan Malaysia turut berubah wajah menuju dimensi baru.

Tahun 2011 juga mematangkan Buletin Kraf yang kini memasuki tahun ke.....penerbitan.  Keluaran sulung 2011 menampilkan perubahan dan pembaharuan bukan hanya kepada imej malah menjangkaui  kepada fokus ruangan liputan berita, kandungan, reka letak, warna dan kualiti.  Berkonsepkan berinformasi bacaan ringan sasaran pembaca Buletin Kraf diperluaskan bukan hanya sekadar kepada warga Kraftangan Malaysia malah merentasi skop kepada seramai 7147 orang usahawan kraf dan orang awam.

Sebagai wadah ulung penyampai maklumat kepada usahawan kraf, buletin kali ini merungkai isu Hari Kraf Kebangsaan dan Hala Tuju Perancangan Kraftangan Malaysia bersama Ketua Eksekutif.  Ruangan Info mengupas Hari Kraf Kebangsaan, Penjana Ekonomi, Batik Peragaan Fesyen Miss Tourism International 2010 dan sisipan majlis ilmu bersama Apresiasi Kraf serta tidak ketinggalan segmen antarabangsa mengajak kita semua mendekati misi perdagangan yang diadakan di Birmingham, Dubai dan Frankfurt.

Rakaman istimewa sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 dipaparkan dalam segmen Lensa Kraf yang lebih berbentuk santai.  Keluaran eksklusif  ini juga mengajak pembaca mendalami Warisan Kraf, Destinasi dan Ikon Budaya bersama Ana Rafali.  Informasi-informasi terkini sebagai panduan kepada semua pembaca sasaran dikupas dalam ruangan Kreatif dan Inovatif serta Petua.  Ruang aktiviti Promosi di tiga lokasi iaitu Kerdau, Merlimau dan Johor penutup buletin terbitan kali ini.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais, isteri Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi ikon seni budaya penghias kulit buletin.  Sidang pengarang mengucapkan selamat membaca.

1 comment:

  1. salam c.manan masz follow yerk..

    macam tulisan wartawan lah.. hehe

    ReplyDelete

Followers